Pages

Wednesday 18 July 2012

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN


Senamrobik 1Murid 1Sukan telah diadakan pada 10 Julai 2012 yang lalu... Aktiviti senamrobikdapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil hingga dewasa. Dengan adanya senamrobik murid - murid akan tertarik untuk melakukannya kerana ada iringan muzik yang mempersonakan. hehehehe....

Friday 18 May 2012

Program Gotong-royong Alih Wakaf



Dengan kerjasama pihak PIBG program gotong-royong alih wakaf dapat dilaksanakan. Penolong Pegawai PPDHT iaitu En Sohaimi bin  Zakaria turut hadir. Semoga kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG dapat diteruskan demi membangunkan taraf pendidikan anak-anak Kg Lerek. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama.

Wednesday 4 April 2012

PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

Murid-murid SK lerek menerima bekalan susu 1 Malaysia. Agihan susu diberikan pada setiap hari isnin dan rabu sebelum waktu P&P berjalan.

Monday 2 April 2012

PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH KDSR 2

Alhamdullilah...sekolah kami telah sempurna melaksanakan pertandingan festival nasyid sekolah-sekolah kdsr zon 2..untuk sekian kali nya sekolah kami terpilih menjadi tuan rumah...pertandingan telah dimenangi oleh SKTAI, tempat ke 2 SKSB dan ketiga SK Lerek..terima kasih kepada semua yang telah beri kerjasama juga ucapan terima kasih kepada Pengerusi KDSR 2 kerana memberi kepercayaan kepada kami menjadi tuan rumah.

Wednesday 28 March 2012

lagu sekolah kami


SK LEREK TERUS MAJU

Berbakti dan berilmu
Dengan semangat waja
SKL terus maju bersama wawasan negara
Ilmu Penyuluh Hidup
Motto pegangan kami
Agar hidup harmoni
Semoga kekal abadi
Ku berjanji pada Ilahi
Pada keluarga dan ibu pertiwi
Guru-guru kami sanjungi
SK lerek kami sayangi

Wednesday 14 March 2012

Juara Kejohanan Badminton Daerah Hulu Terengganu


tahniah kepada barisan pemain  dan juru latih pasukan badminton SK lerek kerana telah menjadi juara keseluruhan di kejohanan Badminton Peringkat Daerah Hulu Terengganu bawah 12 tahun.